Selamat Datang ke laman blog Cincin Permata Hati. Dialu-alukan kedatangan anda bagi melihat Koleksi Pilihan Cincin & Batu Permata KHUSUS yang Asli dan Berkualiti saja dari kami untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan di sini juga adalah berpatutan disamping kebanyakan cincin yang dipamerkan di sini adalah hasil pertukangan kerja tangan oleh tukang yang mahir. Silalah membuat pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan harga tawaran berpatutan yang disediakan untuk anda di sini. Jangan biarkan pilihan anda terlepas ke tangan orang lain kerana polisi kami di sini adalah "siapa cepat dia dapat".

Batu Permata Kecubong

Pandangan Atas Pandangan Sisi
Maharnya :RM690
Size :25
Material :Perak & Suasa
Permata :        Kecubong (Asli)

Pembuatan cincin ini amat sempurna. Dengan corak Bunga Pahat di tepinya yang diperbuat daripada suasa seperti juga pengikat batu cincin. Batu kecubung yang digunakan amat cantik dengan corak gewangnya seperti sarang labah. Keadaan batu pula di dalam keadaan sempurna tanpa ada sebarang kecacatan padanya. Amat indah apabila terkena cahaya matahari. Dikaitkan dengan berbagai keistimewaan dan keindahan yang terdapat pada batu kecubung. Antaranya adalah untuk pengasihan dan dapat mewujudkan aura menawan kepada si pemakainya.

Batu Cat Eyes (BCE002)

Batu Cincin


# sila klik di gambar untuk melihat dengan lebih jelas lagi

Maharnya :RM240
Permata :Cat Eyes (Asli)

- Permata Cat Eye ini amat sempurna dan tiada kesan calar atau retak.
- Harga yang ditawarkan amatlah rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa
- Berbentuk bujur dan saiznya amat sesuai dijadikan cincin
- Jalur matanya jelas kelihatan apabila cahaya menyinarinya
- Batu Mata Kucing atau Cat eye ini adalah diyakini dapat menambah keberanian serta anti rasa takut. Ia juga dikatakan membawa aura kemewahan bagi pemakainya.
- Sesuai dijadikan koleksi peribadi

Batu Cat Eyes

Pandangan Atas Pandangan Sisi
Maharnya :RM270
Permata :     Cat Eyes (Asli)


- Dapat lihat keanggunan dan kecantikan permata Cat Eyes apabila terdapat cahaya dipermukaannya


- Permata Cat Eye ini amat sempurna dan tiada kesan calar atau retak. 


- Batu Mata Kucing atau Cat eye ini adalah diyakini dapat menambah keberanian serta anti rasa takut. Ia juga dikatakan membawa aura kemewahan bagi pemakainya.

Cincin Delima Afrika (CDA006) - Asli

Pandangan Pelbagai Sudut

Pandangan di jari
# sila klik di gambar untuk melihat dengan lebih jelas lagi

Maharnya :RM400
Size :16 1/2
Material :        Perak
Permata  :        Delima Afrika (Asli)  

- Permata yang dipadankan dengan cincin perak bercorakkan pahat jalur ini adalah Delima Afrika asli.
- Delima Afrika ini amat bersih dan kejernihan airnya amat terserlah
- Apinya juga agak kuat seperti yang dapat dilihat di gambar di atas
- Sarung cincin pula 100% diperbuat daripada perak
- Rekabentuk cincin yang simple dan sesuai dengan delima afrika yang dipadankan
- Seperti yang diketahui umum, permata delima dipercayai dapat menaikkan seri si pemakai dan sebagai pelindung diri dari ancaman sihir

Star Ruby (SRN005)

Batu Cincin


# sila klik di gambar untuk melihat dengan lebih jelas lagi

Maharnya :RM320
Karat :10.35
Ketulenan :        Asli
Jenis :        Star Ruby
- Star Ruby antara jenis yang dicari oleh penggemar batu permata star
- Harga yang ditawarkan amatlah rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa
- Berbentuk bujur dan saiznya amat sesuai dijadikan cincin
- Jalur starnya jelas kelihatan apabila cahaya menyinarinya
- Dijamin batu ini tiada kecacatan fizikal seperti retak, calar atau tidak sempurna
- Sesuai dijadikan koleksi peribadi