Selamat Datang ke laman blog Cincin Permata Hati. Dialu-alukan kedatangan anda bagi melihat Koleksi Pilihan Cincin & Batu Permata KHUSUS yang Asli dan Berkualiti saja dari kami untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan di sini juga adalah berpatutan disamping kebanyakan cincin yang dipamerkan di sini adalah hasil pertukangan kerja tangan oleh tukang yang mahir. Silalah membuat pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan harga tawaran berpatutan yang disediakan untuk anda di sini. Jangan biarkan pilihan anda terlepas ke tangan orang lain kerana polisi kami di sini adalah "siapa cepat dia dapat".

Cincin Delima Afrika (DA003) - SOLD!

Pandangan Atas Pandangan Sisi
Maharnya :RM780 - telah berpindah milik 
Size :16
Material :Suasa
Permata :        Delima Afrika (Asli)

Cincin ini mengenakan suasa pada keseluruhan cincin dan pada corak Bunga Petak yang terdapat di tepi kedua belah cincin. Round Swiss Diamond telah diletakkan mengelilingi Permata Delima ini bagi menaikkan lagi seri si pemakai. Permata Delima ini amat cantik tanpa ada sebarang kecacatan fizikal padanya. Kelainan dapat dilihat pada Permata Delima ini apabila terkena sinaran matahari. Kerawang di dalamnya juga adalah istimewa dan unik. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula dikatakan untuk kekayaan.