Selamat Datang ke laman blog Cincin Permata Hati. Dialu-alukan kedatangan anda bagi melihat Koleksi Pilihan Cincin & Batu Permata KHUSUS yang Asli dan Berkualiti saja dari kami untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan di sini juga adalah berpatutan disamping kebanyakan cincin yang dipamerkan di sini adalah hasil pertukangan kerja tangan oleh tukang yang mahir. Silalah membuat pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan harga tawaran berpatutan yang disediakan untuk anda di sini. Jangan biarkan pilihan anda terlepas ke tangan orang lain kerana polisi kami di sini adalah "siapa cepat dia dapat".

Cincin Zamrud Brazil

Pandangan Atas Pandangan Sisi
Maharnya :RM730
Size :18
Material :Perak & Suasa
Permata :     Zamrud Colombia (Asli)
Corak :       Bunga Pahat Jalur di tepi kedua belah cincin

- Permata Zamrud Colombia ini amatlah cantik dan istimewa disebabkan jaluran gewangnya yang unik disamping jelas kelihatan dan permata yang telus cahaya.

- Suasa dikenakan pada corak bunga pahat jalur dan pergelangan kepala di sekeliling batu cincin. Ini antara hasil seni tukang dan 100% hasil kerja tangan.

- Dahulu kala, permata zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan dan keyakinan diri yang tinggi.