Selamat Datang ke laman blog Cincin Permata Hati. Dialu-alukan kedatangan anda bagi melihat Koleksi Pilihan Cincin & Batu Permata KHUSUS yang Asli dan Berkualiti saja dari kami untuk pilihan anda. Harga yang ditawarkan di sini juga adalah berpatutan disamping kebanyakan cincin yang dipamerkan di sini adalah hasil pertukangan kerja tangan oleh tukang yang mahir. Silalah membuat pilihan yang bijak dan bersesuaian dengan harga tawaran berpatutan yang disediakan untuk anda di sini. Jangan biarkan pilihan anda terlepas ke tangan orang lain kerana polisi kami di sini adalah "siapa cepat dia dapat".

Cincin Nilam Chanburi (CNC001) - SOLD!

Pandangan Atas Pandangan Sisi
Pandangan Cahaya Bawah Pandangan Jaluran Dalam
Maharnya :RM580 - telah berpindah milik
Size :23
Material :Perak (Kuku 4 berkepala suasa)
Permata :        Nilam Chanburi (Asli)
Corak :        Pahat Berjalur


- Seperti yang dapat diperhatikan, permata Nilam ini amat jernih airnya. Jalurannya yang halus menjadikan ia bertambah menarik sekiranya terkena pancaran matahari selain membangkitkan lagi warnanya yang asli
- Permata Nilam Chanburi ini berkeadaan sempurna tanpa ada sebarang kecacatan padanya
- Cincin ini mengenakan suasa pada kukunya. Cincinnya pula menggunakan perak.
- Coraknya pula adalah pahat berjalur dan sesuai untuk mereka yang sukakan ketrampilan yang 'simple'
- Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan  dan  tujuan hidup.